InGATAn BerSamE

Indahnya "DUNIA" hanya sementara,
Indahnya "CINTA" hanya seketika,
Indahnya "MIMPI" tidak pernah pasti,
Tapi..
Indahnya "PERSAHABATAN" sukar di cari ganti..
Hargailah "SESEORANG" itu sebaik mungkin sebelum kehilangannya..

Friday 16 December 2011

TaNpa Di DuGa

17/12/11.. hari ini cuaca redup  dan diikuti oleh hujan renyai2..seperti memahami isi hati ku ..alhamdulillah .. aku sudah  dapat kekuatan semula untuk meneruskan kehidupan . kehidupan ku seperti jatuh di timpa tangga . satu persatu aku di duga oleh-Nya .. dalam satu masa aku kene melalui 2 cabaran . sebelum ini aku tol2 terasa terbeban .. tapi setelah aku menerima sedikit nasihat dan pandangan daripada orang yang lebih berpengalaman dan matang , akhirnya aku sedar , aku telah terlalu banyak mengeluh atas semua ini . alhamdulillah aku dipertemukan dengan seseorang yang boleh membimbimg dan mengingati tentang kebesaran-Nya .. aku tahu Tuhan tidak akan menduga seseorang hamba-Nya yang diluar kemampuan hamba-Nya  kerana Dia lebih mengetahui segalanya yang sedia ada apatah yang ghaib .. Ya'allah .. begitu besarnya kebesaran Mu .. Ya'allah .. diri ku masih jahil dengan semua itu .. padahal aku sudah mengetahui itu semua tetapi bila diri ku di landa dengan beberapa dugaan yang sekecil ini aku telah mengeluh dan berputus asa tanpa terus memperjuangkan yew hingga akhir hayat ku .. aku tidak menafikan aku mudah down  dan berputus harapan bila aku berusaha mencari jalan penyelesaian tetapi masih tidak jumpa dan doa ku masih tidak dimakbul kan .. oleh yang demikian , aku akan mudah terhasut dengan hasutan syaitan untuk berputus asa . inilah kelemahan manusia yang sering kene di ingat kan tentang kekuasaan Dia ..
 sekarang, walaupun aku masih belum mendapat jalan penyelesaian lagi dan masih ag dalam kesempitan masalah aku tetapi aku masih boleh tersenyum dan merasa lapang di dada dan jiwa even masih memikirkan yew ..ini kerana aku buat ini semua adalah untuk ibu ku , bak kata seseorang, jangan kita merasa terbeban  dan susah bila kiite buat sesuatu untuk ibu kita . kita kena tabah dan terus berusaha tanpa memikirkan itu semua . mulai hari ini, aku berazam tidak ag mengeluh untuk ini semua dan terus berfikir postitif .. aku akan mencuba sebaik yang mungkin dan usaha yang termampu .. yang lain aku hanya mampu berserah .. terpulang la kawan2 aku nak fikir atau anggap apa tentang diriku .. tapi inilah realiti kehidupan aku .. bukan sahaja ada kt drama tv tapi realiti memang wujud kehidupan sebegini.. semoga aku dapat terus bertahan dan tabah untuk melalui semua ini demi ibu ku dan masa depan aku .. Ya'allah.. aku berharap agar lancarkan dan permudahkan segalanya untuk diri ku ..berikanlah aku petunjuk dan jiwa yang kental ..hanya Engkau yang Maha Mengetahui segalanya ..ampunilah segala2 dosa2 ku .. amin ..s

Saturday 10 December 2011

KaSih-Nya kepda HamBa2-Nya

11/12/11.. cuaca hari ini amat menenangkan jiwa dan hati ku , redup . . seolah2 memahami pe yang sedang ku alami .. alhamdulillah kepada-Nya kerana telah memberi ketenangan ini kepada jiwa dan hati ku .. aku bersyukur aku dapat ketenangan ini even aku sedang menanggung beban yang berat .. nie lah kasih-Nya kepda hamba-Nya yang sungguh kerdil ini .. pelbagai dugaan dan cabaran yang telah di berikan kepada diri ku .. thankz juga diucapkan kepada my beloved's Mr. Zue Lee .  kerana sentiasa ada ketika memerlukan dan sentiasa ada di sisi nie .. terharu sangat2 yang tidak terhingga .. even dia xdapat tolong aku , aku x kisah .. kesudian dia yang sentiasa sudi mendengar dan sentiasa di sisi sudah memadai bagi diri ku .. aku bersyukur , aku tidak akan meminta lebih daripada itu .. semoga hubungan yang baik ini akan berkekalan hingga akhir hayat dan berkesudahan dengan bahagia .. insya'allah dengan izin-Nya .. kasih di antara kami berdua hanyalah kerana kasih kami kepada-Nya .. (semoga terus d berkati oleh-Nya) ..

kali ini aku di duga dengan mencabar sekali .. keimanan dan keteguhan hati ku telah diuji oleh-Nya .. diri ku hampir menyerah kalah .. kerana aku masih belum jumpe jalan penyelesaian dalam dugaan ini .. berat .. amat berat .. aku kene melalui ini semua dengan seorang diri .. sungguh mencabar , berliku dan susah untuk aku melihat pelangi yang amat indah di masa hadapan .. itulah umpamaan yang kehidupan aku .. kehidupan ini tidak semudah yang di fikirkan .. semakin hari diri ku semakin matang .. tidak siapa yang tahu kehidupan aku yang sebenar .. hanya segelintir sahaja yang tahu kehidupan aku ini .. alhamdulillah sem pada kali ade orang yang dapat membimbing aku teruskan perjuangan ini dan sentiasa berfikiran rasional dan sentiasa bersyukur kepada-Nya.. ini lah kasih-Nya kepada hamba-Nya .. sentiasa menguji keteguhan  keimanan aku pada-Nya .. aku tahu Dia tidak akan menguji hamba2 di luar kemampuan hamba2-Nya .. dan aku lah di antara hamba2-Nya yang di uji dengan hebat sekali di dalam kehidupan aku kerana aku kene lalui sendiri dan di bantu oleh kawan2 aku .. aku bersyukur kerana aku masih mempunyai kawan yang sudi menolong diri ku yang naif ini .. seperti pepatah " kadang2 family sendiri seperti orang luar manakala orang luar seperti family sendiri" .. itulah realiti kehidupan aku .. kehidupan aku banyak di bantu oleh orang luar .. alhamdulillah aku bersyukur sangat kerana masih ada satu hati yang suci yang sudi menolong orang lain .. aku berjanji kepada diri ku bahawa aku tidak akan melupakan orang2 yang telah membantu aku even skali .. tahukah diaorang aku amat bersyukur dan menghargai setiap pertolongan yang di hulurkan kepda diri ku ketika aku susah .. aku hanya mampu membalas jasa mereka dengan mendoakan kesejahteraan mereka dunia akhirat .. semoga pertolongan mereka dapat menolong dan meringkan sedikit untuk aku melihat pelangi yang sedang aku mencari .. bak pepatah melayu "usaha tangga kejayaa" .. " sehina2 seseorang itu apabila mengeluh dan menyerah kalah tanpa usaha yang mungkin " .. semoga diri tidak tergolong dalam golongan itu..

oleh itu , aku memohon kepada-Nya agar dapat memberi ketenangan ini even diri ku dipukul oleh ombak yang kuat .. semoga keteguhan keimanan aku juga tidak goyah kepada-Nya .. bantulah hamba-Mu ini di dalam mencari pelangi dan kebahagian  yang ingin di tuju .. lancarkanlah dan permudahkanlah segala urusan aku .. aku akan berusaha semampu yang mungkin dan insya'allah untuk menjadi seseorang hamba yang tabah dan sentiasa tersenyum dengan setiap dugaan yang di lalui .. semoga segala beban yang aku tanggung selama ini akan menjadi ringan pada suatu hari .. aku percaya dengan kebesaran-Nya dan hikmah disebalik nie .. "tiada perkara yang mudah melainkan apa yang Engkau menjadikan mudah dan perkara yang susah akan menjadi bila kau mengizinknnya .. amin .. segala yew aku serahkan kepada-Nya .. semoga terus di beri kekuatan .. insya'allah ..



Sunday 4 December 2011

GiVe uP!!!

4/12/11.. hari ini aku betul2 rase give up untuk meneruskan hubungan ini . aku give up nak memahami sikap dia . sukar sekali hendak memahami sikap yew . penat . kerana aku je yang berusaha untuk memahami sikap demi tapi dia sebalik yew. x nampak usaha dia untuk memahami diri aku seperti mana aku berusaha sikap dia demi hubungan ini , berbagai2 dugaan aku lalui dengan sikap dia . Tuhan je yang tahu betapa terluka yew aku dengan sikap dia terhadap aku . semakin lama aku rase kasih sayang dia sudah tiada lagi terhadap aku . sakit rase yew hendak terima kenyataan . nape dia layan aku sebegitu?? aku berusaha untuk memberi yang terbaik untuk diri dia tapi dia tidak hargai yew atau tidak memahami . kenapa semua ini berlaku terhadap aku bila aku mencuba untuk membuka hati kepada seseorang?? selalu d duga. adakah semua ini akan berakhir tidak lama lagi??? adakah aku terus bertahan dan mempertahankan hubungan ini?? dia seperti tidak ada perasaan langsung terhadap semua ini. sebenar yew apakah tujuan hubungan ini jika tiada perasaan langsung. aku tidak tahu pe niat dia , adakah dia bersma aku hanya semata2 untuk merawat luka lame dia?? atau ia stu kptsn yang salah kiteorg bersma?? atau dia mash teringat pada kekasih lame dia?? patut kah aku meninggal dia?? sbnr yew spe diri ku bagi diri yew?? kenapa aku hanya mendapatkan aku hanyalah teman dia ketika dia bosan atau ketika tiada teman untuk bercerita... adakah aku ini hanya tempat persinggahan dia buat sementara?? aku tidak rela di buat begitu..apa yang harus aku lakukan...Ya'allah..bagilah hamba mu ini petunjuk Ya'allah..sesungguh yew hamba mu ini buntu . kenapa kasih sayang aku kerap di dustai oleh seseorng yang aku mencuba meletak harapan untuk bersma?? adakah aku tersalah pilih ag sekali?? adakah aku tertipu dengan keperibadian diri dia?? adkah semua itu hanya tipu daya?? terlalu banyak persoalan yang bermain d otak fikiran aku...Ya'allah..bantulah hamba mu ini...emak  dan akak telah memberi nasihat.. tapi kadang2 aku aku x dapt berfikiran waras bila dia sungguh melampau..layan aku endah x endah . adakah itu petunjuk untuk aku memutuskan hubungan ini??haruskah demi kebaikan dua2 pihak??? aku rase dia akan gembira dengan keputusan ini kerana dia sedang menunggu orang lain yang berada d hati yew..adakah selama ini kata2 dia hanya dusta..Ya'allah..adakah semua lelaki sebegini??? Ya'allah..Ya rahman Ya rahim..bagi la aku kekuatan dan fkran yang waras..aku betul2 da berputus asa untuk semua ini..tutup lah pintu hati aku untuk selama yew jika hati ku sering di lukai dan tidak d hargai..bagi lah hamba mu ini petunjuk d jalan yang benar..hamba mu ini hanyalah seorang insan yang lemah dan naif...