InGATAn BerSamE

Indahnya "DUNIA" hanya sementara,
Indahnya "CINTA" hanya seketika,
Indahnya "MIMPI" tidak pernah pasti,
Tapi..
Indahnya "PERSAHABATAN" sukar di cari ganti..
Hargailah "SESEORANG" itu sebaik mungkin sebelum kehilangannya..

Wednesday 11 January 2012

KeinGiNaN HaTi

12 Jan 2012 ..

Selalu Aku Berdoa Kepada Yang Maha Esa
Moga Dikurnia Seorang Pencinta Di Jiwa
Tempat Untuk Ku Curahkan Segala Rasa
Perasaan Yang Tersimpan Seribu Satu Makna . .


Di Kala Aku Keseorangan
Dia Penghibur Dan Jua Peneman
Hati Yang Sayu Tidak Kesepian
Duka Dan Lara Tiada Keresahan . .


Ya Allah Tidak Ku Pinta Yang  Menawan
Tidak Ku Harap Yang Hartawan
Bukan Jua Kerana Kedudukan
Cuma Ku Damba Insan Yang Sepadan . .


Kasihnya Sejati Bukannya Kerana Paksaan
Biarpun Derita Yang Menjadi Rintangan
Ketulusannya Yang Tiada Bandingan
Tercipta  Adam Indahnya Peribadi Insan . . .

















Wednesday 4 January 2012

TerLuka

5 Jan 12 .. pada hari ini aku betul2 telah tewas dengan hati ku yang tabah, akhir yew air mate aku jatuh jua kerana dia . aku buntu kenapa dia buat begini pada ku . aku tahu aku tidak sempurna dan mungkin aku bukan seperti yang di harapkan . aku ingatkan jika ada masalah boleh berbincang tetapi dia telah memilih untuk mendiamkan diri dan jauh dari ku . jika ini adalah kemahuan dia, aku hormati hak dia. tapi tanpa dia sedari dia telah berlaku tidak adil, bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalaya. oleh itu, aku memohon agar memberi aku petunjuk dan kekuatan untuk semua dugaan yang mendatang. aku tidak berani berharap apa2 lagi atas semua ini. aku betul2 da tawar hati dengn semua ini. usaha aku selama ini  langsung tidak dihargai apa lagi menghargai diri ku yang naif ini. inilah hakikat di dalam sesebuah perhubungan terluka dan dilukai dan mementingkan diri sendiri. insya'allah, semoga aku redha dengan semua ini. hanya pada-Nya aku mohon petunjuk dan kekuatan. terima kasih diucapkan untuk segalanya. semoga dia dapat mempelajari sesuatu di dalam kehidupan dia . aku doakan semoga dia sihat sejahtera dan diberkati oleh-Nya.. amin ya rabbal alamin .